[5.5 Sale] All the best deals just for you & your mum. 5.5 Sale Ending In:
Days
Hours
Minutes
Seconds

FREE SHIPPING with any purchase.


RM10
RM5
free

Grand Total:

Tips Kesihatan untuk Gaya Hidup Sihat

by Kevin | 3 May 2019



Adakah anda tahu bahawa kebanyakan orang Malaysia mengalami hipertensi dan obes? Menurut sumber daripada akhbar Utusan Online, obesiti di Malaysia semakin berleluasa dan amalan gaya sihat semakin berkurangan dari segi fizikal dan mental. Jadi, macam mana kita sebagai orang Malaysia, mahu menukar gaya hidup sihat untuk menjadikan satu gaya amalan sihat untuk generasi yang seterusnya? Ini adalah tips-tips kesihatan yang anda mungkin tidak ketahui.

Tips 1
Adakah anda tahu gula adalah baik untuk badan anda? Terdapat banyak spekulasi atau mentality bahawa gula ini adalah kurang baik untuk badan kita. Gula akan merosakkan gigi, gula akan menambahkan berat badan kita, tetapi apa yang anda tidak tahu gula sebenarnya menolong kita dari segi aspek badan di selulosa. Gula yang bagus akan menukar jadi glukos, di mana ia akan tolong menukar dan menolong dalam pembaikan otot dan suhu badan selepas bersenam intensiti. Ia juga boleh menolong seseorang untuk mengawal mood. Disebabkan otak kita perlu oksigen yang secukupnya, glukos akan dijadikan sebagai sumber tenaga untuk meningkatkan aliran darah ke otak dengan lancar.

Tips 2
Adakah anda tahu minum air panas akan menyejukkan badan? Ye,ramai akan tanya,"Macam mana ni? Adakah benar?” ingin saya bagitahu beberapa manfaat sebenarnya apabila anda minum air panas badan kita akan melepaskan peluh, di mana,ia akan menjatuhkan suhu badan kita. Selain itu juga air panas juga membantu metabolisma di badan kita. Jadi pada anda yang ingin meningkatkan metabolisma anda minum air panas di pagi hari adalah salah satu tips kesihatan untuk anda. Selain itu, air panas juga membolehkan dan membantu anda dengan mempunyai rambut yang sihat dan bersinar dan juga rambut anda akan tumbuh lebih lebat. Masalah pencernaan juga tidak lagi anda perlu risau. Jadi marilah kita membantu sistem pencernaan di badan kita sendiri untuk bekerja lebih baik. Jadi anda masih mahu pesan teh ais di kedai makan?

Tips 3:
Adakah anda tahu,Cholesterol-Free sepatutnya tidak baik untuk badan anda? Terkejut ke? Walaupun sesetengah pembungkusan makanan menyatakan,"Cholesterol-Free", tetapi ia bukanlah dengan sepenuhnya cholesterol- free. Ia juga terdapat "lemak trans". Tahu apa itu lemak trans? Lemak trans atau dikenali juga sebagai trans fat terbentuk saat cecair minyak bertukar menjadi lemak padat dan yang jugak akan menjadikan cholesterol kalau kita tidak bersenam atau mencepatkan proses pencernaan. Lemak trans boleh didapati dalam minyak sayur, kerepek kentang, jagung dan makanan bergoreng. Jadi, jika ingin bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat ia bukan hanya menjaga badan sahaja akan tetapi haruslah tahu tentang pengambilan makanan anda setiap hari.

Tips 4:
Tidur. Ye, Tidur! Menurut sumber akbar dari Sinar Harian, adakah anda tahu 50% dari rakyat Malaysia tidak menilaikan kualiti tidur mereka? Jadi apa kepentingan tidur untuk mengamalkan gaya sihat? Kekurangan tidur akan menjejaskan badan kita dari segi metabolisma, mood ,kemahiran motor dan sistem imun. Selain itu kekurangan tidur boleh dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser yang tertentu. Salah satunya ada kanser payudara dan kanser kolon. Dan bukan itu saja tapi kurang tidur juga boleh mendapat risiko tinggi serangan sakit jantung. Telah terbukti bahawa kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan dan mempunyai kesan negatif pada badan. Ada penyelidik membuktikan bahawa manusia yang tidur selamat 4 jam menunjukkan kadar denyutan jantungnya lebih tinggi yang nak dibandingkan dengan manusia tidur 7 jam. Jadi purata untuk seorang manusia untuk tidur untuk membaiki badan adalah 7 jam. Jadi, tidur secukupnya adalah satu praktis yang lama tidak diamalkan sejak generasi teknologi, maka ia juga telah merosotkan mentality dan kesihatan kita untuk mengamalkan tidur yang secukupnya.

Tip 5:
Makan! Makan apa? Makan buah-buahan. Walaupun ia nampak atau dengar klise, tapi makan buah-buahan memberikan banyak manfaat kepada badan kita dan juga buah buahan adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Buah-buahaan mempunyai kandungan serat dan fiber yang sangat tinggi yang boleh membantu anda untuk mencegah pelbagai penyakit kronik, salah satunya adalah sakit jantung koronari, diabetes, darah tinggi dan strok. Buah ada merupakan salah satu sumber semula jadi yang mengandungi pelbagai vitamins dan nutrien untuk kuatkan sistem dalam badan kita. Ia juga merupakan salah satu makanan yang baik untuk sesiapa yang ingin membuat pelan diet untuk menghilangkan diet ataupun sebagai snek petang. Vitamin-vitamin yang dikandungi boleh menstabilkan tekanan darah dan potassium dalam buah. Orang yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran secara harian,didapati purata untuk dijangkiti sakit kronik adalah tipis. Selain itu ia juga boleh mengurangkan kolesterol di badan kita dan mencergaskan minda kita.

Tip 6:
Mari bersenam, agar badan sihat otak cerdas! Dengan bersenam kita dapat menyihatkan badan kita, sebab jika kita bersenam badan kita akan megeluarkan peluh dan tenaga yang banyak, jadi apabila anda dah keluarkan peluh dan tenaga yang banyak, badan kita akan jadi sihat dan susah diserangi penyakit. Ramai pakar memberitahu senaman adalah ubat yang paling murah, bukan itu saja tetapi senaman juga adalah ubat yang paling efektif untuk mengawal pelbagai penyakit. Oleh itu anda seharusnya menjadikan senaman adalah salah satu “makanan harian” anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat, dan menghindari penyakit.

Tip 7:
Bermeditasi atau bertafakur. Menenagkan fikiran adalah salah satu sumber tips-tips kesihatan yang juga penting. Bermeditasi memberi kesan yang positif pada fikiran dan tubuh anda. Jika anda mempunyai fikiran yang tenang ia akan membawa anda pada kehidupan yang lebih nyaman, tenang dan sihat. Jika anda mengalamai stres di tempat kerja, atau stress dengan keadaan sekeliling, anda boleh melakukan meditasi kerana ia dapat menolong anda memberikan ketenangan. Selain mengalami stress, sesetengah orang juga akan merasakan cemas atau panik yang berlebihan. Meditasi atau bertafakur dapat menolong orang dan mengurangi perasaan cemas atau panik yang berlebihan, dan ada juga dapat mencegahnya dari kena serangan panik.

Penjagaan kesihatan haruslah bermula pada semasa jangka usia yang muda dan masih sihat. Jangan apabila sudah jatuh sakit baru mahu ingin menjaga kesihatan. Pada masa itu mungkin sudah agak terlambat. Jika anda bertanya pada orang-orang yang menghadapi penyakit kronik, jika mereka diberikan peluang, mesti semua ingin kembali ke masa mereka muda dahulu dan sihat agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan megubah cara pemakanan mereka. Dan bukanlah juga semua penyakit kronik datang disebabkan pemakanan, akan tetapi ia merupakan salah satu faktor yang besar untuk mendapat sakit sakit kronik. Saya harap tips kesihatan ini dapat membantu anda untuk mewarnai dan menikmati keseronokan gaya hidup sihat agar dapat dinikmati untuk jangka masa yang lama dan bukan hanya sementara. Jadi nikmatilah gaya hidup sihat dari awal!

Log In
Request TAC
Log In