[Payday Sale] Lowest Price from RM 9.90 + Parent's Month Selection. Payday Sale Ending In:
Days
Hours
Minutes
Seconds

FREE SHIPPING with any purchase.


RM10
RM5
free

Grand Total:

Air Detox Anda Perlu Minum Sekarang!

by Kevin | 24 May 2019



Minuman detox sekarang menjadi semakin popular sebagai salah satu cara untuk menguruskan berat badan, mencantikkan kulit dan megamalkan gaya hidup sihat. Selain itu minuman detox juga dapat membantu anda menyingkirkan toksin dalam tubuh badan. Tubuh kita mengandungi dalam 70 peratus air dan dengan ini setiap hari sekurang-kurangnya kita memerlukan 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 litre air yang perlu kita minum. Dengan meminum air yang secukupnya ia akan memberi kebaikan dan manfaat kepada kehidupan yang sihat. Selain itu juga ia dapat menolong menjadikan kulit kekal lembap dan berseri.

Tetapi sesetengah orang Malaysia tidak boleh minum air putih tanpa sebarang rasa. Pegambilan air yang dan pandai mempelbagaikan rasanya dan penyediaanya pasti tidak ada masalah bagi sesetengah Malaysia yang tidak minum air putih. Dan sekiranya anda dalam proses ingin menurukan berat badan, sebaik-baiknya hendaklah elak pegambilan gula dalam makanan dan minuman, sebab itu diperkenalkan ‘infused detox water’, atau lebih dikenali sebagi air minuman detox.

Kepada anda yang fikir macam mana hendak menurukan berat badan dengan cepat dan ingin berfesyen dengan baju cantik-cantik dan trend zaman kini, membuat minuman detox adalah cara paling cepat untuk menyikirkan dan meleburkan lemak-lemak di dalam badan. Cara penyediaannya sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlukan komitmen.

Jadi dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi anda air minuman detox yang anda tidak akan tolak. Resepi yang saya akan bagi ini, anda boleh minum pada bila-bila masa sahaja. Cara penyediaanya sangat menarik, berperisa, bau yang enak dan pasti menyegarkan. Sebelum itu ini adalah antara-antara kebaikan minuman detox:

Ia dapat mengawal keseimbangan paras gula dan darah
Ia dapat membantu mencairkan lemak
Ia dapat menyinkirkan toksin dalam badan
Ia dapat mengawal selera makan
Ia dapat mengawal pedih ulu hati
Ia dapat membantu sistem pencernaan dan penghadaman tubuh badan dengan lebih lancar
Ia dapat mengempiskan perut
Ia dapat menurunkan kolestrol
Ia dapat meningkatkan metabolsima dan tenaga
Ia dapat mengatasi masalah sembelit
Resepi-resepi air minuman detox
Lemon, timun dan limau nipis
Air ini dipanggil ‘detox water 3 in 1’ . ia adalah hasil campuran lemon, timun dan limau nipis membantu menjadikan kulit lebih lembut dan berseri. Selain itu ia dapat membantu proses pencernaan dan dalam masa yang sama dapat mengawal selera makan anda. Jadi sesiapa yang sedang berdiet atau ingin berdiet, air minuman ini adalah sangat sesuai dan dapat membantu anda kerana ia dapat mempercepatkan proses penuranan berat badan. Cara penyediaannya ialah hiris sebatang timun, sebiji lemon dan sebiji limau nipis. Seterusnya masukkan ketiga-tiga bahan itu kedalam botol yang berisi air putih 1 liter. Boleh dihidangkan apabila sudah sejuk atau boleh letak kiub ais untuk rasa yang meyegarkkan.

Daun pudina, lemon dan halia
Resepi ini sesuai untuk orang yang mengalami perut buncit yang berhasrat untuk mengempiskan perut. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan, kerana bahan-bahanya senang dibeli dimana-mana kedai runcit. Gabungan bahan-bahan ini adalah sagat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Cara menyediakan ialah satu botol air masak dan hiris 1 timun dan ½ lemon dan ½ inchi halia, dan masukkan semua bahan itu bersama daun pudina. Selepas itu biarkan selama 2 atau 3 jam. Nikmatinya pada hari yang panas. Kesegarannya amat terasa. Sedapnya!

Kayu manis, epal hijau dan epal merah
Campuran bahan-bahan ini dapat membantu anda mengurangkan lemak, meningkatkan kadar metobolisma, dan juga dapat menurunkan paras kolestrol yang ada di dalam badan. Cara menyediakan mudah sahaja, masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji buah epal hijau dengan satu batang kayu manis di botol berisi air 1 liter. Bahan-bahan ini anda boleh guna selama berulang kali, sehingga 4 kali. Hidangkan selepas 1 atau 2 jam di peti ais.

Daun pudina, teh hijau dan limau nipis
Ramai orang tahu yang teh hijau ni bagus untuk menurunkan berat badan. Cara membuatnya rendamkan 10 helai daun teh hijau dengan air panas, tapi jika tiada daun teh hijau anda boleh gantikan dengan 2 sudu serbuk teh hijau, rendam seketika dan tapis habuknya. Selepas itu perahkan jus limau nipis dan 5 helai daun pudina dan gaulkan semua bahan-bahan tersebut di dalam teko yang berisi air. Air ini sesuai diminum ketika panas ataupun apabila sejuk. Kebaikan air ini adalah ia dapat merpercepatkan proses membakar lemak dalam badan dan melancarkan sistem pencernaan dan dapat mengelakkan kita dari sakit kepala.

Lemon dan aloe vera
Aloe vera ini dapat menghilangkan rasa letih dan meingnkatkan tenaga, selain itu memudahkan penghadaman anda dalam perut. Cara penyediaanya adalah ambil sebatang aloe vera, ambil isi dan lendirnya sekali, selepas itu kisar halus berserta perahan lemon dan tambah sedikit air. Atau anda boleh juga menggunakan ekstrak aloe vera yang telah dijadikan gel sekiranya anda tidak dapat tahan dengan rasa dan baunya. Campurkan 3 sudu gel aloe vera dan 2 sudu besar jus lemon, kacau rata dan minum ketika sejuk.

Nenas, strawberi,, cuka epal dan daun basil
Zaman sekarang ini, yang hidup makin mencabar dengan masalah kerja, masalah keluarga yang sering buat kita stress dan tanpa sedar kita ingin makan makanan yang manis untuk kurangkan stress ataupun tenangkan diri. Tetapi mesti anda tahu pegambilan gula yang berlebihan terutama dalam minuman, akan mengundankan anda dengan pelbagai masalah kesihatan. Salah satunya kegemukkan, diabetes dan penyakit jantung. Jadi untuk gantikan air manis dan menghilangkan stress adalah dengan menggantikan segala manisan dengan air detox yang berkhasiat dan enak ini. Penyediaannya adalah campurkan 5 biji strawberi, ½ cawan nenas dipotong dadu, 2 sudu besar cuka epal dan 5 helai daun basil dan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam jag yang berisi air. Setelah itu letakkan air dan gaulkan semua bahan bahan itu dan nikmatinya dengan campuran ais. Nikmati air itu dengan rasa masam-masam manis.

Tembikai
Khasiat buah tembikai ini kaya dengan air, vitaminnya dan serat mineral. Jika ada lebihan buah tembikai ini jangan dibiarkan sahaja. Ambil buah tembikai itu dan potong kecil kecil, kemudian masukkan air masak di dalam pengisar sama paras dengan buah tembikai yang sudah dipotong tadi, dan kisar sampai halus. Dan boleh dihidang selepas disejukkan. Tetapi kena ingat jus tembikai ini tidak tahan lama, jadi jika sudah lebih 24 jam boleh dibuang dan buat sahaja yang baru lagi.

Timun, anggur dan rasberi
Timun membantu anda mengembalikan kesegaran dan juga baik untuk sistem perncernaan. Manakala rasberi pula baik untuk anti radang dan anggur pulak bertindak sebagai anti kanser. Dengan mengabungkan ketiga-tiga bahan ini dapat mebantu anda yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Dan lebih lagi air detox ini sangat sesuai untuk mereka yang merokok tegar dan berazam untuk berhenti. Anda perlu menyediakan ½ batang timun dihiris, 10 biji anggur dibelah dua dan 5 bij rasberi. Masukkan kesemaunya di dalam gelas dan biarkan ia sejuk selama 1 atau 2 jam. Air campuran ini akan lebih sedap jika dibiarkan lebih lama.

Limau nipis, halia, lemon, oren, daun pudina dan timun
Orang yang sering mengalami kembung perut boleh cuba mengamalkan minuman detox ini. Penyediaannya adalah campurkan ½ lemon, ½ biji oren, ½ biji limau nipis, ½ inchi halia dan ½ timun. Hiriskan kesemua bahan-bahan tadi dan rendamkannya dalam satu botol besar berama- sama dengan daun pudina. Selepas itu sejukkan air itu selama 2 atau 3 jam. Manfaat air detox ini dapat mencuci buah pingang anda. Tapi air detox ini hanya bertahan selama 24jam.

Log In
Request TAC
Log In